Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan~

assalamualaikum


setelah 10 ramadhan, baru aku dapat post tentang bulan ramadhan ini.
beribu maaf kupinta. bulan ramadhan ataupun bulan puasa yang sering digunakan, sememangnya satu bulan yang istimewa. banyak keistimewaan dan kebaikan. bulan yang mulia, bulan suci. ramadhan dari segi bahasa bermaksud panas terik. dari segi istilah pula bererti bulan rahmat yang diwajibkan puasa padanya. pada bulan ini, umat islam akan menjalani ibadah puasa. tidak makan dan tidak minum dari terbit fajar sadiq hingga terbenamnya matahari.

selalunya, masa puasa macam macam yang kita mengidam...kan ? *mengidam ? teddd ! maksud aku macam macam benda yang kita inginkan. macam macam yang kita nak makan. nak minum. lagi lagi masa kat bazaar ramadhan kan. haha. aku pun lah. disebabkan nafsu haus dan lapar kita, macam macam kita nak beli. last last, satu jenis je yang kita makan. ya. itulah dia. selalu kalau kat sekolah, selalu cakap ngan diri sendiri...hari nie buka nak minum apa ek ? banyak betul nama air melintas kat otak nie. haiyo. dah dah. asyik cerita pasal air je. haus jadinya.

alhamdulillah. dah 10 hari dah kita semua puasa. rasa lapar ? tak lah. rasa haus ? sikit sikit lah. biasa lah. masa macam cepat sangat. dari subuh sampai maghrib tu. yela. sekolah dari pagi sampai lah petang. lepas tu tinggal berapa jam je lagi, dah nak buka dah. sebab tu macam kejap kot kan. yelah kot.

sebenarnya, bulan puasa ni ada tarikh bersejarah tau untuk aku. aku telah dilahirkan pada 11 januari 1997 iaitu bersamaan dengan 2 ramadhan. 2 ramadhan ialah tarikh lahirku dalam tahun islam. semalam, 9 ramadhan ialah tarikh lahir kawanku yang bernama khairul shafiq, yang bersamaan dengan 18 januari. dan siti faiqah hanis yang lahir pada 21 januari bersamaan dengan 12 ramadhan. mereka ialah kawan sekolah agama aku dulu. darjah 5, kami 1 kelas. tak lupa juga 'badut' atau nama sebenarnya badrul amin dan nur izzati syazwani yang juga sekelas dengan aku dulu. haihh. cerita masa darjah 5 sekolah agama dulu, teringat cikgu kesayangan aku, cikgu mazzilah. beliau sangat baik. sangat sporting. kelakar. beliau juga pernah mengajarku semasa darjah 3. masa nak naik darjah 5, aku selalu berdoa dapat masuk kelas cikgu lagi. dan akhirnya, namaku tercatat dalam nama murid yang akan menjadi anak muridnya. jadi, aku pun menjadi anak muridnya yang kali kedua. alhamdulillah.

akhir sekali, ingin kuucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini dan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua umat islam di muka bumi ini dan kepada para pembaca yang disayangi <3
*jangan tinggal puasa kalau tiada sebab:)*

No comments:

Post a Comment